Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Kenya telan kokain hingga ditangkap di Bangkok

Aug 22, 2019 | 07:50 AM



BANGKOK: Seorang lelaki warga Kenya ditahan di lapangan terbang di Bangkok selepas cuba menyeludup lebih 60 bungkusan kokain yang ditemui di dalam perutnya.



Pihak berkuasa berkata Glenn Chibasellow Ooko, 43, tiba dari Ethiopia Isnin lalu sebelum ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.



Hasil pemeriksaan x-ray oleh Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) berjaya mengesan puluhan bungkusan di dalam perutnya, yang kemudiannya disahkan mengandungi kokain.



“Beliau menelan kokain seberat 1.2 kilogram yang disimpan dalam 68 bungkusan,” kata ONCB dalam satu kenyataan.



Susulan itu, polis berkata, Ooko ditahan bersama seorang warga Nigeria, Osita Joseph Ukpa yang disyaki mengupah warga Kenya itu untuk menyeludup dadah terbabit.



“Ia adalah sebahagian daripada rangkaian dadah di Thailand,” kata kenyataan itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >