Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Myanmar di S'pura bimbang keadaan keluarga di negara asal

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA warga Myanmar Muslim yang tinggal di Singapura melahirkan perasaan terkejut ketika mendengar mengenai rampasan kuasa oleh tentera dan bimbang akan keadaan keluarga mereka di sana.



Mereka yang dihubungi oleh Berita Harian (BH) baru-baru ini berkata mereka telah mendengar berita mengenai rampasan kuasa tersebut melalui media sosial serta mesej daripada rakan-rakan dan keluarga mereka.



Pengurus kanan Projek dalam sektor perkhidmatan mekanikal, elektrik dan paip (MEP) Encik Zin Bo Aung, 44 tahun berkata hatinya pecah seribu melihat keadaan negaranya.



"Saya bimbang mengenai masa hadapan negara saya, terutamanya sebagai seorang Muslim dan minoriti di Myanmar.



"Sukar untuk meramalkan apa yang tentera kami akan lakukan semasa tempoh ini.



"Saya hanya tahu mulai sekarang, ia akan menjadi tempoh yang mencabar bagi rakyat Myanmar," kata Encik Zin Bo Aung, yang sudah menetap di Singapura selama 16 tahun.



Tentera Myanmar telah merampas kuasa pada awal pagi 1 Februari dalam rampasan kuasa terhadap Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Cik Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokratik, yang ditahan bersama dengan pemimpin lain dari parti NLD.



Tentera Myanmar mengisytiharkan darurat selama setahun dan menyerahkan kuasa kepada Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Min Aung Hlaing.



Pengumuman di siaran televisyen milik tentera, TV Myawaddy, menjelaskan langkah itu perlu bagi menjaga 'kestabilan' negara, selain mendakwa suruhanjaya pilihan raya negara itu gagal menangani 'penyelewengan besar' pilihan raya November lalu.



Terdapat juga laporan bahawa perkhidmatan telefon dan Internet di ibu kota Naypyidaw dan pusat komersial utama Yangon terganggu.



Ketika mendengar berita itu pada 8 pagi melalui laman Facebook, seorang wanita yang bekerja jurutera awam di sebuah firma pembinaan berkata beliau terus mencuba untuk menelefon keluarganya di Myanmar.



"Bapa saya tinggal dengan adik-beradik saya bersama anak sedara saya di Myanmar.



"Agak khuatir juga tidak dapat menelefon mereka. Tetapi kerana mereka menggunakan kad Sim Mytel, yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan Nasional Vietnam, kami masih dapat menghubungi antara satu sama lain," katanya yang menelefon keluarganya setiap hari.



Dengan keadaan tidak menentukan, mereka merasa khuatir sekiranya tentera terus mengambil alih peranan pemerintah di Myanmar dalam masa akan datang.



Namun begitu, mereka juga berpegang pada harapan bahawa keadaan akan pulih secepat mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >