Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Perancis yang penggal kepala bos bunuh diri dalam penjara

Dec 23, 2015 | 03:00 PM



PARIS: Seorang lelaki Perancis yang menyelitkan kepala bosnya yang dipenggalnya pada pagar di sebuah kilang gas industri telah membunuh diri di dalam penjara, menurut pihak berkuasa penjara pada Rabu (23 Dis).


Yassin Salhi, 35 tahun, menggantung diri dari palang di bilik penjaranya menggunakan cadar pada Selasa malam, menurut pihak berkuasa penjara di Fleury-Merogis, di pinggir bandar selatan Paris itu.


Selepas membunuh majikannya, Encik Herve Cornara di Isere, tenggara Perancis, Jun lalu, pemandu yang juga pekerja penghantaran itu mempamerkan kepala beliau di luar kilang itu dengan dikelilingi bendera Islam.


Dia cuba meletupkan kilang itu tetapi ditangkap.


Salhi diletak di dalam bilik penjara sendirian tetapi tidak dianggap sebagai berisiko membunuh diri.


Dia menafikan melakukan jenayah itu atas sebarang sebab agama, tetapi pendakwa mengenakan tuduhan pengganasan berkaitan Islam.


Salhi menarik perhatian pihak berkuasa risikan pada 2005 dan 2006 kerana bersosial dengan sekumpulan orang yang ada kaitan dengan radikal Islam, menurut sumber rapat dengan kes itu pada Jun.


Perkhidmatan perisikan menyiasatnya beberapa tahun selepas itu, tetapi tidak meneruskannya sejak 2008.


Dia muncul semula pada radar perkhidmatan perisikan pada 2013 kerana dia mengaitkan dirinya dengan orang yang disyaki mempunyai hubungan dengan radikal Islam. -AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >