Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga prihatin orang kaya di Iran guna ambulans untuk elak kesesakan trafik

Aug 26, 2019 | 01:03 PM



TEHERAN - Syarikat-syarikat ambulans di Teheran melahirkan kebimbangan mereka terhadap penyalahgunaan kenderaan perkhidmatan kecemasan oleh warga Iran yang kaya, lapor NY Times. 



Orang-orang kaya seperti pemain bola sepak terkenal dan personaliti Iran menggunakan ambulans itu walaupun tidak berada dalam keadaan kecemasan, untuk pergi ke destinasi mereka.



Mereka diberi hak keistimewaan untuk menaiki kenderaan kecemasan itu yang tidak berhenti sewaktu lampu merah agar mereka dapat ke destinasi mereka dengan pantas.



Ia sudah menjadi trend terkini di negara yang sering dilanda keadaan lalu lintas yang sesak. 



Amalan itu tidak dibenarkan.



Syarikat-syarikat ambulans di Teheran bimbang terhadap situasi ini kerana orang ramai tidak akan percaya pada mereka kerana masalah ini menghalang operasi memindahkan pesakit pergi dan pulang dari pusat-pusat perubatan.



Ramai warga Iran menyeru supaya pihak berkuasa mengawal situasi ini, tetapi pengambilan ambulans untuk tujuan bukan kecemasan berterusan.



Syarikat-syarikat ambulans telah mendapatkan permintaan sedemikian sejak setahun lalu.



Pengurus syarikat perkhidmatan ambulans swasta di Tehran, Encik Mahmoud Rahimi menyatakan bahawa baru-baru ini, beliau menerima tempahan dari seorang pemain bola sepak terkenal untuk menjadi pemandu peribadi baginya supaya beliau dapat mengelakkan dirinya dari keadaan lalu lintas yang sesak.



 "Malangnya, kami mendapat panggilan seperti ini, dari orang kaya dan dari para selebriti seperti atlit."



Encik Rahimi, yang telah mengurus tempahan ambulans di Naji selama 15 tahun, berkata syarikat itu menolak permintaan tersebut kerana "tugas kami adalah untuk mengangkut orang sakit".



"Kami bukan perkhidmatan teksi dengan siren untuk orang kaya," katanya.



Teheran adalah sebuah bandar yang mempunyai jumlah penduduk seramai 14 juta, dan kerja-kerja pembangunan yang tidak dikawal telah menjadikannya salah satu tempat paling buruk di dunia untuk kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >