Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Singapura meninggal dunia selepas pembedahan buang lemak di India

Nov 12, 2017 | 02:56 PM



CHENNAI: Seorang wanita warga Singapura berusia 35 tahun yang sedang menjalani prosedur membuang lemak atau liposuction di Tamil Nadu meninggal dunia akibat serangan jantung Khamis lalu hanya beberapa jam selepas pembedahan tersebut.



Cik Alicia Medanin Khan telah dimasukkan ke Hospital S R Multi Specialty di Arumbakkam, ibu kota Chennai Rabu lalu untuk membuang lemak daripada tubuhnya.



Berat badan beliau pada masa itu 85 kilogram. 



Menurut suaminya Encik Vijayakumar, seorang ahli perniagaan di Singapura, beliau dilarang melihat isterinya selepas pembedahan dan doktor menyatakan bahawa terdapat komplikasi semasa pembedahan, menurut laporan Times of India (TOI). 



Encik Vijayakumar berkata beliau dimaklumkan pada 1.30 pagi Khamis lalu bahawa isterinya telah meninggal dunia akibat serangan jantung, dan doktor menolak permohonannya untuk mendapatkan butiran keadaan isterinya itu secara bertulis. 



Mayat isterinya kemudian dihantar untuk bedah siasat.



“Kami selesai membedah pada 5.30 petang Rabu lalu, dan wanita tersebut dialihkan ke wad selepas pembedahan di bawah pengawasan pegawai perubatan. 



“Selepas hampir enam jam, beliau meninggal dunia akibat serangan jantung,” menurut pihak berkuasa hospital tersebut. 



Menurut TOI, Encik Vijayakumar telah membuat aduan polis terhadap doktor dan pengurusan hospital kerana tidak mendedahkan butiran kesihatan isterinya sebelum dan sesudah pembedahan, dan mendakwa bahawa isterinya meninggal dunia akibat kecuaian perubatan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >