Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga S'pura antara terlibat dalam misi menyelamat di gua Thai

Jul 13, 2018 | 05:30 AM



CHIANG RAI: Seorang warga Singapura ialah antara sekitar 1,000 orang yang terlibat dalam misi menyelamatkan 12 budak lelaki anggota sebuah pasukan bola sepak Thailand dan jurulatih mereka yang terkandas dalam gua Tham Luang di utara negara itu.



Encik Douglas Yeo, yang mempunyai pengalaman menyelam selama 26 tahun, satu-satunya warga Singapura yang diketahui terlibat dalam usaha menyelamat pelbagai negara itu, lapor akhbar The Straits Times dalam talian.



Memandangkan risiko dalam operasi menyelamat itu, Encik Yeo, 50 tahun, berkata beliau tahu menyertai misi itu "boleh tapi tidak pasti".



"Tetapi ia baik satu seruan bagi saya. Saya menerangkan kepada keluarga saya bahawa saya harus pergi membantu usaha menyelamat itu), memberi merestuinya dan saya pergi," kata bapa tiga anak lelaki berusia lapan, 12 dan 18 tahun itu.



Encik Yeo, yang mengendalikan sekolah menyelam Sunfish Dives di Bintan, berkata beliau menghubungi seorang kenalan untuk menjadi sukarelawan bagi operasi menyelamat itu dan diberitahu supaya segera pergi ke Chiang Rai.



Setiba di lapangan terbang di Chiang Rai pada petang 9 Julai, beliau dijemput oleh tentera Thai dan bergegas ke gua itu untuk memulakan kerja menyelamat.



Beliau telah mempersiapkan dirinya untuk tugas itu, setelah tahu ia tidak mudah.



Encik Yeo ditugaskan selama dua hari berhampiran Ruang 2, tempat 30 penyelam lain dari Thailan dan negara lain, membantu memindahkan 12 budak itu dan jurulatih mereka.



Beliau mengakui berasa cemas ketika menunggu budak-budak itu timbul dari air banjir yang keruh satu persatu, bersama penyelam yang mengiringi mereka.



"Saya terlibat dalam pemindahan lima mangsa terakhir," kata Encik Yeo.



"Ketika melihat budak lelaki berusia 11 tahun itu keluar dengan matanya terbuka, ia satu detik istimewa. Saya tahu dia ingin mengucapkan terima kasih kepada kami tetapi dia tidak boleh bercakap. Tetapi matanya jelas menyatakan itu."



Selepas memastikan mangsa-mangsa itu selamat di atas usung, penyelamat dengan berhati-hati memindahkan mereka dengan menaiki cerun curam kepada kumpulan penyelamat lain.



"Apabila saya melihat budak-budak daripada pasukan bola sepak itu, bagi saya mereka adalah wira saya kerana jika mereka tidak mempunyai keberanian, mereka tidak akan selamat," ujar Encik Yeo.



Tempat Encik Yeo ditugaskan gelap dan sejuk. Setiap orang terpaksa membawa sendiri makanan kering mereka.



Encik Yeo berkata beliau bernasib baik dipasangkan dengan seorang anggota pasukan Seal Tentera Thai bernama 'Joe'.



Mereka saling memberi perangsang apabila keadaan menjadi sukar.



"Tiada siapa boleh mengatakan 100 peratus bahawa usaha menyelamat itu akan berjaya," kata Encik Yeo.



Tempoh paling lama beliau bertugas dalam gua itu ialah sembilan jam.



"Kami semua tidak tidur lena tetapi kami bekerja dengan satu hati."



Semasa akhbar itu berbual bersama Encik Yeo, komander Daerah Tentera ke-37 di Chiang Rai, Mejar Jeneral Buncha Duriyapan, datang dan berjabat tangan serta bergambar bersama beliau.



MG Buncha berkata kepada warga Singapura itu: "Terima kasih banyak kerana membantu pasukan saya. Malam ini, semua orang sangat gembira, semua orang bangga. Saya bangga dapat melayan semua penyelamat antarabangsa ini.



"Kami tidak akan dapat melaksana misi ini tanpa mereka."



Selepas 13 mangsa itu diselamatkan pada 10 Julai lalu, Encik Yeo masih mengingati mereka. Beliau menziarahi mereka di hospital dan membawa coklat untuk mereka.



Encik Yeo juga menziarah Cik Valeepoan Kunan, balu mendiang Saman Gunan, bekas anggota Seal yang terkorban semasa misi menyelamat itu.



Semalam Encik Yeo dan beberapa anggota Seal melayat mendiang.



Cik Valeepoan semalam berkata beliau sangat merindui suaminya, tetapi meminta budak-budak itu jangan menyalahkan diri mereka bagi kematiannya, lapor Reuters.



"Saya benar-benar mencintaimu," tulis Cik Valeepoan dalam kapsyen gambar hitam putih suaminya yang dimuat naik di akaun Instagramnya.



"Saya sangat merindui awak."



Beliau tidak menyalahkan budak-budak itu bagi nasib yang menimpa suaminya.



"Saya ingin beritahu budak-budak itu, jangan salahkan diri awak semua," kata Cik Valeepoan kepada wartawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >