Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAWATAN PRESIDEN HALIMAH YACOB KE JEPUN

Warga S'pura, keluarga teruja temui Presiden Halimah

Oct 23, 2019 | 05:30 AM



DILAHIR dan dibesarkan di Singapura, Dr Rita Zamzamah Nazeer berpindah ke Jepun sekitar sedekad lalu setelah mendirikan rumah tangga dengan seorang warga Jepun.



Meskipun pada awalnya rasa agak terasing kerana tidak mempunyai ramai rakan warga Singapura di sana, beliau kini sudah selesa dengan kehidupan di negara matahari terbit itu.



Saban tahun, rangkaian kenalan dari Singapura di Jepun juga berkembang dan mereka juga mengadakan majlis pertemuan dan makan-makan setiap beberapa bulan untuk mengeratkan silaturrahim.



Malah, Penolong Pensyarah di Universiti Mejiro dalam Pengajian Bahasa Inggeris itu memilih membesarkan dan menyekolahkan kedua-dua anaknya di sana.



Dr Rita, 39 tahun, berpindah ke Jepun pada 2008, namun tinggal di Jakarta selama tiga tahun sebelum kembali ke Tokyo pada 2017.



Disebabkan tugas suaminya, Encik Keita Ridhwan Ikeda, 38 tahun, yang merupakan wartawan politik dengan akhbar Yomiuri Shimbun, keluarga mereka harus berpindah sekali setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, secara keseluruhan selalunya mereka berada di Jepun.



Pasangan tersebut mempunyai dua anak perempuan - Nadya Naori Ikeda, 11 tahun, dan Sofya Sayuri Ikeda, 7 tahun.



"Sebelum 2017, anak-anak kami menyertai sekolah antarabangsa. Kami membuat keputusan mencuba sistem pendidikan Jepun sekembalinya kami ke sini kerana mahu mereka mempunyai asas nilai-nilai Asia.



"Ia merupakan keputusan yang baik, Alhamdulillah. Anak-anak kami sangat selesa di sekolah masing-masing," jelas Dr Rita, ketika dihubungi melalui aplikasi mesej WhatsApp, kelmarin.



Kelmarin, keluarga Dr Rita merupakan antara 390 warga Singapura yang menghadiri majlis makan malam yang diadakan bagi masyarakat Singapura di Jepun.



Mereka berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan Presiden Halimah Yacob, yang berada di negara itu atas undangan kerajaan Jepun untuk menghadiri Upacara Pertabalan Maharaja Naruhito semalam.



Peluang tersebut merupakan pengalaman yang sangat istimewa bagi Dr Rita dan anak-anaknya.



Apakan tidak! Itulah kali pertama mereka dapat bertentang mata dengan Puan Halimah secara langsung.



"Sudah tentu kami semua sangat ghairah menghadiri majlis itu. Anak-anak saya terutamanya teruja dan kagum dapat bertemu dengan pemimpin negara yang merupakan seorang wanita," kata Dr Rita.



Mereka juga dihidangkan dengan sajian makanan seperti sate, nasi lemak dan mi Hokkien - hidangan yang "tak payah cakap lagi, memang sedap", kongsi Dr Rita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >