Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga terkejut lihat Agong bersarapan di restoran nasi lemak di Putrajaya

Sep 04, 2019 | 08:26 PM



PUTRAJAYA:  Kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sebuah restoran nasi lemak  telah mengejutkan para pengunjung di restoran itu.



Beliau mengunjungi restoran Nasi Lemak Royale Kedah, di Putrajaya, Ayer 8, Presint 8, untuk bersantap bersama beberapa pegawainya, menurut laporan Berita Harian Online (BH Online) Malaysia.



Berdasarkan gambar yang dimuatnaikkan di laman Instagram Istana Negara, beliau kelihatan bersarapan bersama Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dan Datuk Paduka Maharajela, Azuan Effendy Zairakitnain.



Turut bersama beliau ialah Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim.



BH Online memahami bahawa, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, mengunjungi restoran itu selepas selesai majlis menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Wan Azizah di Istana Melawati, di Putrajaya.



Dr Wan Azizah menghadap beliau pagi ini sebelum mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri.



Gambar dan video kunjungan beliau di restoran itu turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar pada ruangan komen dengan kenyataan, “sedapnya....” di Instagram, yang kemudian menerima lebih 200 tanda suka.



Di samping itu, dalam gambar tersebut, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dilihat menikmati segelas teh tarik dan di atas mejanya adalah tiga mangkuk berisi lauk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >