Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Thai mengundi

Mar 24, 2019 | 05:16 PM



BANGKOK: Jutaan warga Thai keluar mengundi hari ini (24 Mac) dalam pilihan raya umum yang amat dinantikan di Thailand – yang pertama di negara itu sejak lapan tahun lalu.



Sebanyak 80 parti politik bersaing bagi 500 kerusi di Dewan Perwakilan.



Waktu mengundi adalah antara 8 pagi dengan 5 petang (9 pagi hingga 6 petang waktu Singapura).



Sekitar 51 juta pengundi dijangka keluar mengundi.



Antara mereka termasuk pemilik kedai Prapai Kunwitpaisarn, 63 tahun.



Menurutnya, beliau akan mengundi pemerintah yang boleh meningkatkan ekonomi serta memastikan ketenteraman di negara itu, lapor akhbar The Straits Times.



“Saya ghairah kerana sudah lama negara ini tiada pilihan raya. Saya harap lebih ramai pelabur akan datang ke negara ini dan semua orang mempunyai pekerjaan,” ujarnya.



Secara umumnya, pilihan raya hari ini menampilkan parti yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha bersaing dengan parti yang berkaitan dengan mantan perdana menteri negara itu, Encik Thaksin Shinawatra dan adiknya Yingluck, yang juga mantan perdana menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >