Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warganet China banjiri ruang siber persoal amaran awal sebelum bah

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: Warganet di China kini menimbulkan persoalan sama ada negara itu telah memberikan amaran yang mencukupi sebelum banjir melanda Henan, yang buat masa ini telah meragut 33 nyawa.



Lagi lapan orang masih hilang dan hampir 400,00 orang terpaksa dipindahkan menyusuli hujan lebat sejak Sabtu lalu.



Insiden paling membawa maut pada masa ini adalah yang melibatkan kereta api bawah tanah di Zhengzhou yang dibanjiri air dan meragut 12 nyawa.



Musim tengkujuh yang melanda China pada masa ini paling teruk dirasakan di wilayah Henan.



Paras hujan lebih 200 milimeter (mm) dirakam berlaku selama sejam di Zhengzhou pada Selasa lalu.



Malah, jumlah hujan yang turun di ibu kota Henan itu mencapai 624 mm antara Sabtu dengan Selasa, hampir ke paras purata tahunan iaitu 614 mm.



Dua empangan air di Mangolia Dalaman - wilayah autonomi di timur laut China - pecah akibat hujan lebat pada Ahad lalu.



Di Hebei pula, yang berjiran dengannya, dua orang maut selepas taufan melanda kota Baoding.



Pos yang ditulis di laman blog mikro Weibo menunjukkan ramai penduduk di Henan kini menaiki kereta api kerana bas tidak lagi beroperasi.



Seorang warganet bertanya mengapa kereta api masih beroperasi sementara bas tidak lagi menyediakan khidmat awam.



Seorang lagi pengguna, profesor kewartawanan Zhan Jiang pula mempersoalkan mengapa Stesen Radio dan Televisyen Henan masih meneruskan program biasa dan tidak memberikan penonton maklumat keselamatan awam dengan lebih kerap.



Awal minggu ini, Presiden Xi Jinping berkata sistem yang digunakan negara itu untuk meramalkan keadaan cuaca buruk dan memberi amaran harus dipertingkat.



Beliau juga menyifatkan pengurusan jalan raya sebagai satu lagi perkara yang harus diperbaiki.



Encik Xi berkata pihak berkuasa perlu memastikan langkah pencegahan banjir yang terperinci diambil, selain melaksanakan langkah bantuan bencana.



Menteri Pengangkutan telah mengarahkan semakan segera terhadap sistem pencegahan banjir yang digunakan di dalam terowong kereta api, menyusuli laporan ada penumpang yang terperangkap di Zhengzhou.



Pihak berkuasa setempat juga perlu dengan segera memeriksa lagi dan memperbetul sebarang risiko keselamatan di sistem kereta api, kata kementerian itu.



Ini termasuk mengambil langkah kecemasan seperti menghentikan khidmat kereta api, memindah keluar penumpang dan menutup stesen kereta api dalam keadaan cuaca teruk seperti ribut taufan.



Agensi cuaca daerah berkata ia telah memberi amaran awal kepada penduduk sebelum banjir berlaku.



Sekitar 120 juta pesanan teks telah dihantar ke pengguna telefon bimbit untuk memberitahu mereka tentang ribut dan banjir yang mungkin berlaku, kata biro cuaca Henan.



Namun, satu artikel di China Daily berkata penduduk di sana tidak mengendahkan amaran cuaca itu kerana hujan yang turun pada awalnya tidak selebat yang dijangka.



Satu lagi artikel di akhbar Global Times menggesa penggubal undang-undang untuk memperbaiki sistem kumbahan di kota itu dan melaksanakan langkah bantuan bencana lain untuk melanjutkan masa respons pasukan kecemasan semasa kecemasan berlaku. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >