Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warna-warni persiapan sambut Hari Raya Aidiladha di serata dunia

Aug 10, 2019 | 04:30 PM



MAKKAH (Arab Saudi)





PERHIMPUNAN PENTING: Jemaah dari serata dunia sedang berhimpun di Jabal Al-Rahma yang juga dikenali sebagai Gunung Arafat pada Sabtu (10 Ogos). Umat Islam percaya Nabi Mohammed menyampaikan taklimat terakhir di sini.


 



AMMAN (Jordan)





YANG MANA SATU: Pelanggan membelek-belek kambing di sebuah pasar di Amman, Jordan. Mereka sedang memilih kambing yang paling sesuai untuk dibeli untuk dikorbankan.


 


DHAKA (Bangladesh)





MASIH BOLEH, MASIH BOLEH: Penumpang kereta api berpusu-pusu untuk menaiki kereta api - termasuk yang memanjat di bumbungnya - supaya dapat menyambut Hari Raya Aidiladha dengan keluarga di kampung halaman.


 



KANDAHAR (Afghanistan)





PEMBONCENG ISTIMEWA: Seorang lelaki pulang dengan kambing yang dibelinya di sebuah pasar. Kambing itu bakal dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha, sebahagian upacara perayaan yang turut diamalkan Muslim di negara itu. 


 



KARACHI (Pakistan)







SUPAYA BERJALAN LANCAR: Seorang tukang membuat pisau mengasah pisau bagi seorang pelanggan. Pisau itu akan digunakan bagi upacara korban.


 



NABLUS (Palestin)





AMALAN TRADISI: Seorang tukang masak menyiapkan manisan tradisional yang akan dimakan sempena Hari Raya Aidiladha.


 


MAKKAH (Arab Saudi)





CAHAYA SELEPAS PERISTIWA GELAP: Cik Farah Talal, 27 tahun bakal menunaikan haji tahun ini. Beliau antara 200 mangsa dan keluarga mangsa penembak rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang menerima undangan kerajaan Saudi untuk menunaikan haji tahun ini. Cik Farah kehilangan suaminya Atta Elayyan, yang memiliki syarikat membina aplikasi dan mewakili New Zealand dalam permainan futsal.  


 



JAKARTA (Indonesia)





 PENJAJA MUSIMAN: Penjual kambing menjual haiwan ternakan mereka dari gerai sementara yang didirikan di tepi jalan di Jakarta.


 



SANA’A (Yemen)





PENUH HARAPAN: Seorang budak lelaki menjaga haiwan ternakannya yang sedang ditunjukkan kepada pelanggan di sebuah pasar.


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >