Wartawan Hongkong didakwa kerana pakai perisai badan

BANGKOK: Seorang wartawan Hongkong, Hok Chun Anthony Kwan, yang ditugaskan membuat liputan kejadian letupan bom di Kuil Erawan minggu lalu telah ditahan kerana cuba membawa perisai badan ke dalam pesawat, menurut laporan South China Morning Post (SCMP).

Encik Anthony Kwan sedang menaiki pesawat Thai Airways Penerbangan 602 ke Hongkong Ahad lalu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, apabila beliau ditahan polis Thailand.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan