Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

Wartawan Indonesia terkena peluru getah semasa buat liputan bantahan Hong Kong

Sep 30, 2019 | 02:39 PM

 

JAKARTA - Wartawan Indonesia berpangkalan di Hong Kong telah terkena peluru getah semasa membuat liputan demonstrasi di kawasan bandar Wan Chai, menurut Konsulat Besar Indonesia di Hong Kong semalam (29 September).

Gambar di Twitter menunjukkan Cik Veby Mega Indah, yang berkerja untuk Suara, akhbar Indonesia di Hong Kong, dengan pembalut di matanya sedang menerima rawatan.

Konsulat Besar berkata mereka menerima laporan bahawa wartawan tersebut telah terkena peluru getah pada petang semalam.

“Dilaporkan bahawa wartawan dirawat dengan segera oleh pasukan medikal dan dibawa ke hospital serta-merta,” kata Konsulat Besar Ricky Suhendar dalam satu kenyataan.

“Kini, Cik Veby sedar diri dan sedang dirawat doktor. Konsulat Besar akan terus menemaninya selagi beliau di hospital,” katanya.

“Konsulat Besar menggesa semua warga Indonesia di Hong Kong untuk menjauhi lokasi demonstrasi: Causeway Bay, Wan Chai, Admiralty dan Central,” beliau menambah.

Cik Anis Hidayah, pengarah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Migrant Care, berkata pemerintah Hong Kong harus bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian ini.

“Pemerintah Indonesia menerusi Konsultan Besar di Hong Kong harus bertindak cepat untuk siasat perkara ini,” katanya kepada The Jakarta Post. - THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian