Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WhatsApp had penghantaran semula mesej untuk perlahankan penyebaran maklumat salah berkaitan koronavirus

Apr 7, 2020 | 5:30 PM
WhatsApp membuat perubahan itu selepas memerhatikan "kenaikan ketara" dalam bilangan penghantaran semula sejak permulaan krisis koronavirus.
WhatsApp membuat perubahan itu selepas memerhatikan "kenaikan ketara" dalam bilangan penghantaran semula sejak permulaan krisis koronavirus. - Reuters

SAN FRANCISCO: WhatsApp mengetatkan batas penghantaran semula mesej pada Selasa (7 April) dengan membolehkan pengguna mengongsi mesej yang disampai-sampaikan atau 'forwarded message' ke satu perbualan pada satu-satu masa. Ini selepas ia melihat peningkatan dalam bilangan mesej yang memberi nasihat perubatan palsu sejak permulaan krisis koronavirus. Pandemik itu, yang telah membunuh lebih 70,000 orang di seluruh dunia, telah disertai dengan apa yang disebut oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai "infodemik" maklumat salah, mendorong pemerintah dan pihak berkuasa lain menggesa syarikat media sosial agar berbuat lebih banyak untuk mengatasi masalah itu. WhatsApp, yang mempunyai lebih 2 bilion pengguna di seluruh dunia, berkata dalam satu catatan blog bahawa ia membuat perubahan itu selepas memerhatikan "kenaikan ketara" dalam bilangan penghantaran semula sejak permulaan krisis koronavirus. Seorang jurucakap WhatsApp berkata had baru itu akan diteruskan selama-lamanya. Tahun lalu, pengguna dapat menghantar semula mesej kepada hanya lima individu atau kumpulan pada satu-satu masa, turun daripada had awal sebanyak 20. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg