Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WHO bekerjasama dengan China urus risiko Covid-19 lonjak semula

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ia bekerjasama dengan China untuk menguruskan risiko kes Covid-19 melonjak semula sedang orang ramai melakukan perjalanan bagi sambutan Tahun Baru Cina namun respons dari negara itu terus menghadapi cabaran akibat kekurangan data.



Covid-19 merebak tanpa kawalan di China selepas negara itu menarik balik dasar sifar Covid-19 pada Disember lalu, tetapi WHO berkata ia masih tidak mempunyai maklumat mencukupi dari China untuk membuat penilaian penuh tentang bahaya lonjakan itu.



Perkara itu juga menjadi isu dalam bekerjasama dengan China tentang cara mengurangkan risiko perjalanan menjelang cuti umum Tahun Baru Cina, yang secara rasminya bermula dari 21 Januari, kata WHO.



Sebelum pandemik, musim perayaan itu dikenali sebagai sebagai penghijrahan tahunan terbesar di dunia.



"Kami telah bekerjasama dengan rakan sekerja kami di China," kata Encik Abdi Rahman Mahamud, pengarah jabatan penyelarasan amaran & tindak balas WHO, yang berkata negara itu mempunyai beberapa strategi melibatkan orang yang melakukan perjalanan dari kawasan berisiko tinggi ke kawasan berisiko rendah juga berhubung ujian dan klinik.



"Tetapi untuk memahami dengan lebih baik kami memerlukan data itu," tambahnya.



WHO juga berkata China masih kurang melaporkan jumlah kematian akibat Covid-19, walaupun ia kini menyediakan lebih banyak maklumat mengenai wabak di negara itu.



"Terdapat beberapa jurang maklumat yang sangat penting sedang kami bekerjasama dengan China untuk merapatkan jurang itu," kata ketua teknikal Covid-19, Cik Maria Van Kerkhove.



China berkata ia bersikap telus dengan data Covid-19nya.



Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu berkata pegawai China telah bertukar pandangan dengan WHO pada awal Rabu dalam sidang video mengenai isu termasuk situasi wabak semasa, rawatan perubatan, vaksinasi dan perkara teknikal lain.



WHO juga berkata ia tidak lama lagi akan menerbitkan penilaian risiko bagi varian XBB.1.5 Omicron yang memacu peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat.



Pengarah kecemasan Encik Mike Ryan memuji Amerika Syarikat atas "ketelusan radikal" datanya mengenai penyebaran varian.



Beliau berkata itu adalah salah satu sebab mengapa WHO tidak menyokong langkah memantau pelancong yang datang dari Amerika Syarikat, sementara ia telah menyifatkan langkah serupa yang diambil oleh beberapa negara untuk pelancong dari China, termasuk ujian Covid-19 dan pemantauan air sisa, sebagai "boleh difahami"



"Saya benar-benar fikir anda tidak boleh membandingkan kedua-dua situasi ini," katanya.



Sementara itu Kementerian Luar China, Encik Wang Wenbin berkata China akan terus mengoptimumkan dan menyesuaikan langkah berkaitan Covid-19 mengikut perkembangan situasi wabak, bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk memastikan perjalanan rentas sempadan yang selamat, lancar dan teratur.



Beberapa negara di dunia mengalu-alukan kedatangan pelancong China, susulan pelaksanaan langkah baru China dalam menyelaraskan dasar pembendungan Covid-19 termasuk membuka sempadannya bermula Ahad lalu.



Di Thailand misalnya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Encik Anutin Charnvirakul berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok untuk menyambut kedatangan pelancong dari China, Isnin lalu.



Maldives pula menerusi pengumuman di portal Kementerian Luar dan akaun Twitter menyatakan bahawa negara itu mengalu-alukan langkah China menyelaraskan dasar membabitkan pergerakan rentas sempadan dan pihaknya tidak sabar untuk menyambut kedatangan pelancong China.



Di Indonesia, pihak berkuasa negara ini mengambil inisiatif dengan mengerahkan kakitangan pemerintah yang mahir berbahasa Mandarin untuk membantu mengendalikan pelancong China manakala agensi pelancongan tempatan menawarkan pakej pelancongan sempena sambutan Tahun Baharu China. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >