Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WHO: Pengeluar vaksin kerja keras tanpa henti, atasi kekurangan, kelambatan kiriman bekalan

Jan 28, 2021 | 09:32 PM



GENEVA: Pengarah Eropah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Hans Kluge, berkata, pengeluar vaksin sedang bekerja tanpa henti bagi mengatasi kekurangan bekalan vaksin ke negara-negara yang bertarung dalam usaha mengekang pandemik Covid-19.



Dalam satu laporan agensi berita Reuters, Dr Kluge menggesa agar pengeluar vaksin ini tidak berasak-asak membuatkan kiriman vaksin.



"Perpaduan tidak semestinya bermaksud setiap negara dalam dunia memulakan vaksinasi tepat pada masa yang sama...Pemahaman yang baik yang wajar diterapkan ialah tiada siapa yang selamat sebelum setiap orang selamat," katanya dalam satu sesi taklimat dalam talian.



Ditanya mengenai penundaan pengeluaran vaksin Pfizer dan AstraZeneca kepada pesakit di merata Kesatuan Eropah yang mempunyai 27 negara, Dr Kluge berkata pemerintah dan pengeluar harus bekerjasama bagi menangani masalah awal ini dalam pengagihan vaksin.



"Realitinya kita kekurangan vaksin...(Tetapi) kita tidak menafikan bahawa pengeluar dan penghasil vaksin bekerja 24 jam, tujuh hari (24/7) bagi menangani kekurangan ini dan kita yakin keterlewatan yang kita hadapi kini dapat diatasi dengan menghasilkan lebih banyak vaksin pada masa akan datang," jelasnya.



Sedang beliau mengulas isu ini, pertarungan Eropah bagi mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 ini lebih ketara apabila Britain meminta agar ia menerima semua bekalan vaksin yang telah dibayar selepas Kesatuan Eropah meminta AstraZeneca mengalihkan bekalan dari Britain.



Kesatuan Eropah dengan anggotanya ketinggalan di belakang Israel, Britain dan Amerika Syarikat dalam mengagihkan vaksin kini menghadapi kesulitan mendapatkan bekalan sedang pengeluar ubat-ubatan terbesar di Barat, lambat mengirimkan bekalan kerana masalah pengeluaran. - Reuters



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >