WHO puji Arab Saudi anjur ibadah haji tanpa masalah kesihatan awam
Badan turut bertindak kerah pasukan pakar cegah wabak penyakit
Aug 16, 2019 | 05:30 AM
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengucapkan tahniah kepada Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan kerajaan itu kerana berjaya menganjurkan ibadah ibadah haji tahun ini tanpa satu pun kejadian kesihatan awam atau wabak penyakit dilaporkan dalam kalangan jemaah.
Di samping itu, WHO menyatakan penghargaan yang mendalam kepada semua wira penjagaan kesihatan dan sukarelawan atas dedikasi mereka menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada 2.5 juta jemaah haji.