Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

WHO: Pusat jagaan kesihatan Ukraine turut jadi sasaran

Mar 07, 2022 | 05:30 AM

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan beberapa serangan ke atas pusat penjagaan kesihatan di Ukraine dan sedang menyiasat beberapa lagi kejadian serupa.

Berkata demikian, ketua agensi tersebut, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, menjelaskan serangan-serangan itu telah menyebabkan korban jiwa dan kecederaan.

"Serangan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan dan pekerja mencabuli status berkecuali perubatan dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa," ujarnya, dalam satu kiriman Twitter.

Sementara itu, keadaan kemanusiaan di pelabuhan Mariupol di selatan Ukraine "menimbulkan bencana" dan adalah penting bagi orang awam dipindahkan, kata seorang pegawai kanan dari Doctors Without Borders (MSF).

Bandar itu, yang terletak berhampiran sempadan dengan Russia, telah dikepung oleh tentera Russia dan gencatan senjata kelmarin untuk membenarkan orang awam keluar dari kawasan itu, gagal menjadi kenyataan.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3