Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wira yang tidak didendang dalam misi sukar di gua Thailand

Nilai kemanusiaan, kesepaduan berhasil selamatkan kesemua mangsa yang terperangkap
Jul 15, 2018 | 05:30 AM



KISAH kejayaan misi menyelamat 12 pelajar dan seorang jurulatih bola sepak Thailand yang terperangkap selama 18 hari di gua Tham Luang di Chiang Rai, disambut gembira dan penuh kesyukuran oleh masyarakat dunia.



Pasukan yang dikenali sebagai 'Wild Boar' itu terperangkap dalam rangkaian gua berlorong, sempit dan gelap-gelita, selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir sehingga memaksa pasukan itu masuk lebih jauh ke dalam gua itu pada 23 Jun.



Misi itu melibatkan kira-kira seribu petugas, termasuk penyelam terbaik dunia, anggota tentera, penjelajah gua, pakar perubataan dan tenaga penyokong bagi menggalas tugas yang begitu kritikal dan mengancam nyawa.



Secara keseluruhannya, misi itu mencerminkan daya tahan manusia dalam menghadapi kecemasan: Penyelamat bekerja dalam keadaan melampau dan anggota masyarakat yang bersatu padu menghulurkan sumbangan dalam bentuk masa, tenaga dan kemahiran demi mencapai matlamat yang sama.



Di sebalik perhatian antarabangsa terhadap penyelamat berani daripada unit SEAL Tentera Laut Thailand, selain penyelamat antarabangsa, terdapat golongan "wira" yang kurang mendapat sorotan media sepanjang pengalaman yang mendebarkan dan meletihkan itu.



Mereka sukarelawan Thailand daripada pelbagai etnik dan agama yang datang berbondong-bondong menghulurkan bantuan tenaga dan kemahiran demi memastikan pasukan penyelamat dapat melakukan tugas mereka dengan selesa.



Antara mereka ialah Cik Sophia Thaianant, tukang masak beragama Islam yang menyiapkan 200 hidangan halal setiap hari khusus untuk penyelam dan petugas beragama Islam.



Dalam satu interviu dengan BBC, beliau berkata beliau menerima derma bukan saja daripada masyarakat Islam di Mae Sai, bahkan daripada daerah lain Thailand termasuk daripada bukan Islam.



"Masyarakat Islam dan Buddha di Chiang Rai dan di tempat lain bersatu hati dan kami berkongsi harapan yang sama, iaitu memastikan misi ini berjaya," kata Cik Sophia yang mengetuai sekumpulan tukang masak Islam.



Katanya lagi, walaupun masyarakat Islam Patani di Selatan Thailand pernah menghadapi kemelut dengan tentera Thailand sejak Perjanjian AngloSiam 1909, ini tidak menghalang mereka daripada memainkan peranan membantu sesiapa sahaja, tanpa kira agama dan latar belakang.



Seorang lagi tukang masak, Cik Doonnia Kakakhen, berkata mulanya beliau hanya menyediakan makanan halal hanya untuk 100 orang, tetapi setelah mendapat tahu bilangan anggota penyelamat beragama Islam lebih banyak daripada itu, beliau menggandakan masakannya.



"Kalau saya masak lauk yang lebih istimewa seperti beriani dan kari, saya akan masak lebih banyak agar dapat dinikmati mereka yang tidak mencari makanan halal juga," ujarnya.



Turut mengorbankan tenaga dan jiwa raga ialah Cik Rawinmart Luelert, yang secara sukarela memungut baju-baju pekerja yang kotor berlumpur untuk dicuci dan dikeringkan di dobi miliknya.



Beliau mengakui tersentuh hati melihat gambar-gambar pekerja dalam dalam keadaan berlumpur, bekerja sepanjang hari dan menggunakan pakaian yang sama sepanjang empat hari.



Beliau memungut pakaian kotor itu pada sebelah malam dan memulangkan kepada pemiliknya pada pagi hari berikutnya.



"Mujur, kami mempunyai pekerja dan sukarelawan dan kawan-kawan yang membantu sepanjang malam," kata Cik Rawinmart kepada BBC.



Encik Suwan Kankeaw salah seorang sukarelawan yang menguruskan pakaian kotor di dobi tersebut berkata beliau berbangga dapat membersihkan baju yang digunakan oleh penyelam angkatan laut dari Amerika Syarikat.



"Saya tak mampu membantu menarik keluar budak-budak itu daripada gua, tetapi saya boleh membasuh pakaian penyelamat demi keselesaan mereka," kata pemuda tersebut.



Sementara itu, penduduk kampung, Encik Sitthisak Sawanrak, menawarkan petugas menaiki motosikalnya untuk berulang-alik dari jalan ke gua terjejas dan ke kem utama secara percuma.



Lelaki itu berkata beliau secara peribadi mengenali salah seorang budak yang terperangkap, justeru mengambil keputusan membantu semampunya.



"Semua orang di pekan ini melihat budak-budak yang terperangkap seperti anggota keluarga sendiri, justeru kami tidak berfikir panjang dengan menghulurkan sumbangan, tak kira daripada segi wang, masa atau tenaga untuk menyelematkan mereka."



Operasi pertama Ahad lalu mengambil masa 11 jam untuk menyelamatkan empat daripada mangsa. Misi menyelamat kedua kelmarin oleh pasukan penyelam yang sama pula mengambil masa hanya sembilan jam untuk membawa keluar empat lagi pelajar. Lima yang terakhir diselamatkan selepas menempuhi laluan sukar 10 jam Selasa lalu.



Misi menyelamat yang cukup bersejarah merupakan cerminan kemanusiaan dan kesepaduan, kata mantan menteri Thailand, Encik Nalin Taveesin, di Facebook pada Selasa lalu.



"Perkara hebat dapat dicapai apabila manusia daripada pelbagai negara bekerjasama bagi mencapai matlamat yang sama," tambahnya.



Limpahan pujian sejagat juga diberikan kepada sikap pelajar yang terperangkap, ibu bapa dan jurulatih bola sepak, yang terakhir diselamatkan, dan kepimpinan bekas gabenor Chiang Rai, Encik Narongsak Osatanakorn, yang memimpin operasi mencari dan menyelamat selama tiga minggu itu.



Encik Narongsak mengetepikan ego demi mendapatkan nasihat pakar terbaik dalam bidang penyelamatan gua sehingga beliau dapat mengendalikan operasi berbilang negara yang besar dalam krisis yang menjadi tumpuan dunia itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >