BEIJING: Parlimen China telah memberi hak bebas kepada Presiden Xi Jinping untuk memerintah negara itu bagi tempoh masa tidak terbatas dalam satu undian bersejarah.
Kongres Rakyat Nasional meluluskan pindaan Perlembagaan yang telah mengejutkan ramai di China dan luar negara, sekali gus mencetus kritikan luar biasa yang cuba dipadam penapis domestik.