Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Xi gesa langkah lindungi nyawa sedang China tarik balik sekatan Covid-19

Dec 26, 2022 | 09:21 PM



BEIJING: Presiden China, Encik Xi Jinping, pada Isnin (26 Dis) menggesa pegawai pemerintah supaya mengambil langkah untuk melindungi nyawa dalam  ucapan umum pertamanya mengenai Covid-19 sejak Beijing melonggarkan secara mendadak sekatan ketat pada bulan ini.


Setelah agak terlindung daripada virus  pandemik, China kini mengalami lonjakan jangkitan terbesar di dunia selepas sekatan ketat yang menjejaskan ekonomi itu ditarik balik secara tiba-tiba.


Kajian telah menganggarkan bahawa sekitar satu juta penduduk China  boleh meninggal dunia dalam beberapa bulan akan datang.


Ramai penduduk kini  bergelut dengan kekurangan ubat, manakala kemudahan perubatan kecemasan menghadapi tekanan akibat kemasukan pesakit warga emas yang kurang divaksin sepenuhnya.


“Pada masa ini, pencegahan dan kawalan Covid-19 di China sedang menghadapi situasi baru dan tugas baru,” kata Encik Xi dalam satu arahan, menurut  penyiar negara CCTV.


“Kita harus melancarkan kempen kesihatan patriotik dengan cara yang lebih disasarkan... memperkukuh barisan pertahanan komuniti untuk pencegahan dan kawalan wabak, dan melindungi nyawa, keselamatan dan kesihatan orang ramai dengan berkesan,” katanya. – AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >