Topik diikuti
Pergi ke BHkuXi Jinping perkukuh kuasa, pilih sekutu
Xi Jinping perkukuh kuasa, pilih sekutu
BEIJING: Presiden China, Encik Xi Jinping, telah mengukuhkan lagi kuasanya dengan menyusun pasukan kepimpinan baru dengan sekutu politiknya.
Jawatankuasa Tetap Politburo yang baru, terdiri daripada tujuh orang, termasuk empat pendatang baru, kesemuanya penyokong setia Encik Xi.
Pengecualian yang mengejutkan ialah naib perdana menteri Encik Hu Chunhua, yang telah dikhabarkan akan dinaikkan pangkat.
Satu lagi kejutan ialah kenaikan ketua parti Shanghai Encik Li Qiang ke nombor dua. Beliau bakal menjadi perdana menteri seterusnya.
Encik Li mendapat kritikan terhadap pengendalian wabak Covid-19 Shanghai.
Pasukan baru mengikut susunan pangkat: Encik Xi, 69 tahun; Encik Li Qiang, 63 tahun; Encik Zhao Leji, 65 tahun; Encik Wang Huning, 67 tahun; Encik Cai Qi, 66 tahun; pembantu utama Encik Xi, Encik Ding Xuexiang, 60 tahun; dan ketua parti Guangdong, Encik Li Xi, 66 tahun.