Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Dunia0

Xi mahu usaha bersama bagi pertingkat hubungan di bawah Duterte

Jul 01, 2016 | 11:18 AM

BEIJING: Beijing mahu memperbaiki hubungan dengan Manila melalui usaha bersama, dengan hubungan dua hala mempunyai peluang penting bagi pertumbuhan, kata Presiden Xi Jinping kepada Presiden baru Filipina, Encik Rodrigo Duterte, yang mengangkat sumpah pada Khamis (30 Jun).

Hubungan antara dua negara itu menjunam sejak kes timbang tara mengenai pertikaian di Laut China Selatan dibawa oleh presiden Filipina yang baru berundur, Encik Benigno Aquino, pada 2013.

Tidak seperti pendahulunya, Encik Duterte, mayor tempatan pertama dipilih secara langsung sebagai Presiden, dijangka mengambil pendekatan pragmatik mengenai pertikaian di Laut China Selatan dengan China, kata penganalisis.

Encik Xi berkata dalam surat tahniah kepada Encik Duterte bahawa China dan Filipina adalah jiran, dan bersikap ramah adalah tradisi dua negara itu yang telah bertahan lebih 1,000 tahun.

Pendekatan itu betul dan harus dipatuhi, katanya.

Berita Popular

Dalam ucapan sulungnya, Encik Duterte menjanjikan perjuangan tidak kenal belas kasihan dan berterusan terhadap rasuah, jenayah dan dadah, tetapi tidak menyebut mengenai dasar pemerintahnya terhadap China. - China Daily/Asia News Network

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map