Topik diikuti
Pergi ke BHku'Yang sebenarnya menang adalah rakyat'

LAMA MENUNGGU: Wartawan Saini Salleh terpaksa duduk di lantai kerana terlalu ramai anggota media yang menantikan Datuk Seri Najib yang akhirnya tidak tiba di sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin. - Foto ihsan SAINI SALLEH
May 11, 2018 | 5:30 AM
'Yang sebenarnya menang adalah rakyat'
DARI KUALA LUMPUR: SUSAH betul hendak mula menulis kerana mata madang tertutup akibat bersengkang menantikan kemunculan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak kunjung tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sedang jam sudah 2.30 pagi.
Dewan di PWTC itu semakin sepi apabila satu demi satu wartawan dan jurukamera "belah" dan hilang dalam suasana hening dan mula sejuk dek embun jantan yang menitis di awal pagi.