Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Yeah! Connor tak tidur Krismas ni...

Dec 30, 2016 | 12:08 PM



LONDON: Kanak-kanak biasanya tidak sabar menunggu sesuatu perayaan. Tetapi Connor Prince, 12 tahun, biasanya tidur lena pada Hari Krismas.



Keluarga kanak-kanak dari Toton, Nottinghamshire itu amat gembira dia tidak tidur tahun ini dan mereka dapat menyambut Krismas Ahad lalu bersamanya.



Apakah tidak, sepanjang umurnya Connor menyambut Krismas hanya setiap empat tahun.



Ini kerana dia mengalami sejenis gangguan tidur yang jarang berlaku, Kleine-Levin Syndrome.



Connor tidur selama tiga setengah bulan pada satu-satu masa, menyebabkan dia terlepas beberapa Krismas sebelum ini, lapor akhbar Metro.



Ibunya, Dana, 44 tahun, berkata: "Sepanjang tiga tahun lalu keluarga kami tertekan, kerana kami tidak dapat merancang sembarang percutian."



Connor, yang kerap sakit semasa lebih muda, pertama tertidur selama seminggu semasa berusia sembilan tahun, dan ibu bapanya tidak dapat mengejutnya.



Sejak itu, dia tertidur selama beberapa hari atau lebih, setiap beberapa minggu.



Semasa tidur panjang, dia akan berjaga hanya beberapa minit pada satu-satu masa untuk pergi ke bilik air atau minum, dalam keadaan kabur.



Pada September 2013, Dana berhenti kerja sebagai pensyarah untuk menjaganya, lapor Metro.



Akhirnya setelah memeriksa dalam talian, Dana mengenal pasti anaknya mengalami Sindrom Kleine-Levin, yang kemudian disahkan di klinik tidur di Hospital Nottingham City.



Dana berharap anaknya dapat pulih daripada gangguan tersebut.



"Apa yang mengecewakan Connor ialah perkara-perkara yang dia terlepas, dia berasa begitu terpencil dan sendirian. Dia kehilangan banyak dalam hidupnya, ia menghancurkan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >