Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'YouTuber' berusia lapan tahun terima bayaran paling tinggi, raih US$26 juta tahun ini

Dec 19, 2019 | 05:54 PM



NEW YORK: Ryan Kaji, lapan tahun, telah meraih keuntungan bernilai AS$26 juta (S$35 juta) tahun ini melalui saluran YouTube.


Ini menjadikannya pencipta kandungan dengan bayaran paling tinggi di wadah tersebut, menurut senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes pada Rabu (18 Disember).


Kaji, yang sebenarnya bernama Ryan Guan, merupakan individu yang menerima bayaran paling tinggi tahun lalu dengan keuntungan AS$22 juta, menurut Forbes.


Salurannya, Ryan’s World, dilancarkan pada 2015 oleh ibu bapanya, hanya berusia tiga tahun tetapi kini mempunyai lebih 22.9 juta pengikut.


Diberi nama “Ryan ToysReview” sebelum itu, kandungan saluran tersebut merupakan video yang menunjukkan beliau membuka kotak mainan dan bermain dengannya.


Saluran itu juga berubah apabila Ryan semakin membesar, dan kini menawarkan lebih banyak video dengan kandungan pendidikan selain mainan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >