KUALA LUMPUR: Perkembangan semasa jenayah rentas sempadan seperti yang dikenal pasti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus ditangani secara teliti oleh Asean, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata sebab itu jugalah Deklarasi Kuala Lumpur dalam Memerangi Jenayah Rentas Sempadan yang dicadangkan Malaysia harus diguna pakai dan ditandatangani 10 anggota Asean.