KUALA LUMPUR: Beberapa rakyat Malaysia terlibat dalam dakwaan memanipulasi dokumen dan e-mel daripada PetroSaudi International tentang urus niaganya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi, dalam laporan The Star Online semalam.
Katanya, rakyat Malaysia tersebut boleh diekstradisi ke Bangkok di mana polis Thailand sedang menahan bekas eksekutif PetroSaudi Xavier Andre Justo yang sedang disiasat atas dakwaan manipulasi maklumat dan pengugutan terhadap syarikat minyak yang mempunyai urus niaga dengan 1MDB pada 2009.