Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid jangka Pilihan Raya ke-15 dilaksana tahun ini

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan dalam tahun ini.



Katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan beberapa petunjuk, selain kebimbangan jika dibiarkan lebih lama, peluang untuk BN mendominasi PRU-15 terlepas kerana isu direka cipta pembangkang.



"Kita sudah bincang dengan 'Top 5' termasuk Perdana Menteri (PM) yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan ini bacaan saya, pilihan raya pada tahun ini juga... bacaan PM, saya percaya beliau akan mendengar nasihat dan pandangan kita.



"Beliau (PM) orang parti dan sebagai pemimpin sudah pasti tahu masa sesuai kerana isu akan terus timbul dan direka yang mana pembangkang menjadikan budaya kebencian ditanamkan kepada parti kita," katanya berucap pada majlis penutup Konvensyen Wanita BN, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), kelmarin.



Datuk Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata, beliau tahu pembangkang kini mereka cipta isu untuk memburukkan BN dan terbaru, mereka menggunakan isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang digunakan pada PRU-14.



Namun, katanya, isu itu sudah dijawab dengan cepat pasukan media sosial BN dan momentum itu perlu diteruskan pasukan media sosial parti termasuk Wanita BN.



"TLDM juga sudah menjawab, malah Menteri Pertahanan sudah bawa media pergi dan melihat sendiri kapal LCS ini.



"Adakah logik mereka kata kapal halimunan, kata LCS yang dirasmikan adalah kapal contoh daripada kayu, saya pernah jadi Menteri Pertahanan, saya tahu isu ini.



"Dulu saya dicabar kerana kata kapal selam tidak boleh menyelam, ketika Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (Lima) saya bawa dan ajak Lim Guan Eng lihat sendiri.



"Namun, selepas rasai pengalaman naik kapal selam, beliau tidak cakap apa dan peristiwa ini menunjukkan pembangkang kreatif membuat persepsi negatif kepada kerajaan," katanya.



Justeru, beliau menggesa ahli BN yang mempunyai media sosial menggunakannya untuk menjawab segera persepsi negatif supaya dapat dihapuskan dan tidak mempengaruhi pengundi.



"Jangan mengambil sikap tunggu dan membiarkan ia menjadi viral, sebaliknya segera menjawab isu, saya lihat ramai yang apabila dapat maklumat kongsi dengan rakan sebarkan, tetapi tidak jawab dan mempertahankan parti," katanya.



Beliau berkata, seperti isu pendanaan politik dibangkitkan di mahkamah, hanya seorang didakwa walaupun ada ramai disebut menerima dana berkenaan termasuk Perdana Menteri yang mentadbir 22 bulan dan PM yang berkhidmat 17 bulan.



"Orang parti perlu bantu menjawab dan tangkis tuduhan menjatuhkan parti," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >