BERA (Pahang): Jasa mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Langkawi sekarang hanya tinggal sejarah kepada penduduk di pulau lagenda itu, menurut Timbalan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.
"Segala kebaikan yang dilakukannya (bagi penduduk Langkawi) sudah dirosakkan oleh beliau sendiri... saya harap orang Langkawi terus memberikan sokongan kepada calon BN untuk terus memajukan kawasan itu pada masa akan datang," kata beliau kelmarin, lapor BH Online.