Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid: Saya tak tahu dakwaan ada pemimpin mahu saya undur dari Umno

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak tahu-menahu berkaitan dakwaan terdapat usaha sekumpulan pemimpin parti yang mahu beliau berundur pada 2020.



"Saya tak mengetahui (tentang) perjumpaan itu. Saya tidak mengetahuinya," kata Datuk Ahmad Zahid kepada media di luar pekarangan Mahkamah Jalan Duta selepas selesai perbicaraan rasuah Yayasan Akalbudi kelmarin.



"Jadi kita mesti hormati perlembagan parti iaitu jika seseorang itu dipilih oleh perwakilan maka jika sesuatu permintaan itu mahu dilakukan, ia juga ada peraturan parti yang memboleh atau tidak membolehkan seseorang itu berada di sesuatu jawatan," katanya lagi.



Isnin lalu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa sekumpulan pemimpin kanan Umno berkumpul untuk mencari kesepakatan bagi mendesak supaya Datuk Ahmad Zahid berundur sebagai presiden Umno pada Mei 2020.



Datuk Tajuddin, yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, berkata gerakan tersebut diketuai Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan turut disertai Datuk Seri Najib Tun Razak, dan naib presiden Umno, Datuk Mohamed Khaled Nordin.



Bagaimanapun, katanya usaha itu gagal selepas Datuk Mohamad dan Datuk Najib "membelot" daripada kesepakatan tersebut.



Pelbagai dakwaan mengenai Umno dan kepemimpinan parti itu yang dibuat oleh Datuk Tajuddin mengundang reaksi.



Datuk Ahmad Zahid berkata beliau berlapang dada dan menyerahkan kepada ahli Umno terutama akar umbi untuk membuat penilaian berhubung dakwaan itu.



Mengenai sama ada Datuk Tajuddin akan dikenakan tindakan tatatertib, Datuk Ahmad Zahid selaku presiden Umno berkata parti itu akan mengikut proses yang sewajarnya.



Datuk Tajuddin yang membuka mulut selepas dipecat jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mendakwa beliau adalah saksi hidup yang pernah menyaksikan Datuk Ahmad Zahid mengetuai gerakan ahli-ahli Parlimen Umno untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri.



Namun Datuk Ahmad Zahid berkata sama ada Datuk Tajuddin bercakap benar atau sebaliknya perlu diputuskan oleh ahli-ahli sendiri.



"Jika anda tanya saya, apa yang saya boleh nyatakan hanyalah terpulang kepada ahli Umno khasnya akar umbi untuk buat penilaian sama ada itu tidak benar atau ada kebenarannya," katanya.



Datuk Ahmad Zahid memohon semua pihak menghormati Perlembagaan Umno dan penyingkiran Datuk Seri Tajuddin sebagai MKT juga selaras dengan kuasanya sebagai Presiden Umno.



Semasa sesi di mahkamah, Datuk Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya membubarkan Umno kerana parti itu tiada masa depan dan tidak boleh dipercayai.



Datuk Ahmad Zahid berkata semasa pertemuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Jun 2018, Dr Mahathir juga memintanya memaklumkan kepada semua ahli Umno supaya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas nama Melayu.



Beliau menolak permintaan Dr Mahathir itu dan menyatakan bahawa sekiranya ditakdirkan beliau (Ahmad Zahid) menyertai Bersatu selepas diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden Umno dan esoknya beliau (Ahmad Zahid) meninggal dunia, kuburnya akan banjir.



Datuk Ahmad Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan jutaan wang daripada Yayasan Akalbudi, dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.



Sejumlah 12 daripada pertuduhan adalah bagi pecah amanah jenayah, lapan rasuah dan baki 27 adalah pengubahan wang haram. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >