Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Zahid susun langkah tutup peluang penentang

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



'SUDAH terang, lagi tersuluh', presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sudah memukul gendang menandakan pertarungan sudah bermula.



Beliau mengambil peluang pada taklimat khas presiden untuk memberi gambaran di depan 2,000 perwakilan Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Gadangan Dunia (WCT), siapa kawan dan lawan beliau dalam menghadapi pemilihan parti yang harus diadakan sebelum 19 Mei.



Datuk Ahmad Zahid, yang menerima suntikan baru selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, mendedahkan kepada perwakilan bahawa parti yang menjadi payung bagi orang Melayu pada satu ketika itu mempunyai anggota berkelakuan umpama 'duri dalam daging'.



Pada perjumpaan tertutup tersebut, beliau mendedahkan nama kawasan 10 Anggota Parlimen (AP) parti itu yang menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong pengerusi gabungan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia tanpa pengetahuan beliau.



Tan Sri Muhyiddin ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebuah parti serpihan Umno.



Tindakan AP itu, yang difahamkan dikepalai oleh seorang pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional (BN), bertujuan menggagalkan usaha Datuk Ahmad Zahid bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan, sekali gus memberi nafas baru kepada Umno yang kalah teruk pada pilihan raya umum pada 19 November lepas.



Dengan pendedahan tersebut, presiden Umno itu secara tidak langsung memberitahu perwakilan siapa petualang dalam parti yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada memulihkan parti yang dalam keadaan kritikal untuk meneruskan kelangsungan pada arena politik negara.



Nama-nama petualang tersebut, yang belum diketahui ramai, sudah menjadi perbualan dalam kalangan perwakilan dan anggota Umno yang lebih menerima kerjasama dengan PH berbanding PN.



Kini, perwakilan sudah mengetahui siapa golongan yang bersama presiden parti untuk meneruskan kecemerlangan Umno dan pihak bercita-cita merubah status quo parti dengan alasan sudah sampai masanya kepimpinan sedia ada ditukar.



Sebagai presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid mempunyai kelebihan daripada penentangnya kerana boleh menggunakan pentas taklimat khas presiden untuk menyakin dan mempengaruhi perwakilan sebelum persidangan bermula dengan hala taju yang ingin dikemudi beliau.



Seterusnya pentas kedua melalui ucapan dasar presiden semasa merasmikan perhimpunan agung, di mana beliau membentangkan kemelut yang dihadapi parti sambil diselitkan dengan unsur pengkhiatan dalam parti, selain langkah yang diambil oleh kepimpinan parti dalam menghadapi 'air pasang surut' dalam politik negara.



Apa yang dilihat ialah Datuk Ahmad Zahid begitu teliti dan bijak mengatur strategi beliau dalam mengumpul sokongan, sekali gus menguatkan kedudukannya untuk mempertahankan jawatan yang pegangnya sejak 2018.



Sebaik saja berlangsung taklimat khas presiden itu, 140 ketua Umno daripada 191 bahagian menyokong jawatan presiden dan timbalannya tidak dipertandingkan.



Alasan mereka ialah persediaan menghadapi enam pilihan raya negeri memerlukan perpaduan semua pihak menyokong kepimpinan Datuk Ahmad Zahid.



Saranan mereka itu disambut oleh Wanita Umno melalui ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang mengatakan dua jawatan tertinggi parti wajar tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.



Beliau berkata Datuk Ahmad Zahid dan timbalan presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, perlu diberikan ruang dan sokongan untuk memulih serta memperkasa semula parti itu.



Sekiranya cadangan tersebut diterima majoriti perwakilan pada perhimpuan agung, yang berlangsung dari Rabu lalu hingga hari ini, Datuk Ahmad Zahid dan Datuk Mohamad akan dipilih semula tanpa bertanding pada pemilihan Mei ini.



Mereka yang bercita-cita menentang dua pemimpin itu, seperti mantan naib presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan mantan Ketua Pemuda, Encik Khairy Jamaluddin, akan berputih mata kerana ruang untuk mereka sudah ditutup sebelum pertempuran bermula.



Datuk Ahmad Zahid, seorang tokoh politik berpengalaman, tahu dengan menguasai perhimpunan agung itu, di mana semua pemimpin akar umbi berkumpul, beliau akan dapat mengukuhkan kedudukannya dengan menutup semua ruang bagi mereka yang bercita-cita menentangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >