Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid tegur Muhyiddin tidak hormat keputusan Agong

Dec 05, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan sikap tidak hormat kepada institusi Raja-Raja Melayu dengan mempertikaikan semua proses pelantikan melibatkan Kerajaan Perpaduan.



Beliau berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dan sekutunya sepatutnya berasa malu kerana dilihat sebagai gila kuasa, sehingga mempertikaikan keputusan Raja-Raja Melayu.



Sebaliknya, beliau berkata Tan Sri Muhyiddin harus mencontohi Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang lebih mendahulukan kepentingan negara berbanding parti atau individu dengan melangkah ke hadapan untuk menjayakan kerajaan perpaduan seperti yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



"Muhyiddin perlu menghormati segala pelantikan ini dan tindakan Muhyiddin dan sekutunya yang cuba mempertikaikan segala ini adalah gambaran wajah sebenar Muhyiddin dan sekutunya yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu. Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu, bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.



"Muhyiddin dan sekutu perlu belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya merengek serta meroyan tidak dapat menerima hakikat beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan gagal membentuk kerajaan," ujarnya.



Datuk Zahid, yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), mengingatkan Tan Sri Muhyiddin bahawa kerajaan yang dibentuk sekarang bukanlah kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetapi Kerajaan Perpaduan berasaskan kerjasama antara parti terbesar dan parti kecil lain yang telah memperoleh kerusi dalam pilihan raya.



Datuk Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri juga dipersetujui berikutan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 24 November.



"Kritikan Muhyiddin bahawa tindakan Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan tidak melihat keperluan semasa yang memerlukan Anwar yang dikenali berprestasi tinggi pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia pernah surplus budget, iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan negara," tambah beliau.



Datuk Anwar, katanya, juga pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine dan Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh Asia Money Magazine.



"Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia mendapat gelaran The Asian Tiger kalangan negara Asia ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan menteri kewangan," tambah Datuk Zahid.



Selain Tan Sri Muhyiddin, Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyindir pembentukan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang disifatkan pergerakan itu sebagai "menyerlahkan semangat reformasi dengan memberikan kelegaan dan kegembiraan' kepada rakyat khususnya pengundi PH.".



Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi, berkata reformasi terbesar Kabinet baharu itu adalah pelantikan Zahid yang berdepan 47 pertuduhan di mahkamah dalam kes Yayasan Akalbudi, sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.



"Pelantikan ini selaras tawaran kedua dalam 10 Manifesto PH, iaitu untuk memerangi rasuah dan mengukuhkan institusi demokrasi," kata beliau, lapor Berita Harian Malaysia.



"Selain itu, Kabinet 'Reformasi' ini juga turut dianggotai (Naib Pengerusi Kebangsaan DAP) Nga Kor Ming, pemimpin DAP ekstrem yang masyhur dengan ceramah berbaur perkauman, sebagai Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan. Ini bukti PH sangat menyanjung perpaduan dan menolak perkauman. Dengan pelantikan ini, hasrat DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bakal terlaksana dengan jayanya," katanya dalam satu kenyataan semalam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >