Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid: Umno sedia kerjasama dengan PH, DAP bentuk kerajaan stabil di Perak

Dec 07, 2020 | 05:30 AM



IPOH: Umno sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP untuk membentuk kerajaan baharu di Perak sekiranya jajaran gabungan parti terdahulu tidak dapat diteruskan.



Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata buat masa ini Umno sebolehnya mahu kerajaan yang dibentuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS di bawah pimpinan Menteri Besar terdahulu dikekalkan.



"Namun kita tahu daripada kenyataan Setiausaha Agung PAS dan Bersatu, maka satu perikatan akan diambil oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu di negeri ini.



"Ia akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang akan terbentuk merupakan kerajaan yang lebih kukuh dukungannya," katanya kepada pemberita selepas menghadap sembah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta semalam.



Ditanya adakah pertimbangan politik itu termasuk kerjasama dengan PH dan DAP, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata kemungkinan itu ada tertakluk kepada keputusan muktamad yang akan dilakukan pihak parti nanti.



Kemelut politik Perak tercetus selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul keyakinan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat lepas.



Dalam undian sulit yang dijalankan, Datuk Seri Ahmad Faizal - yang juga Adun Chenderiang - hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >