Zaid Ibrahim: Melayu M'sia yang harus contohi Melayu S'pura
Perang politik di Malaysia turut sasar ‘nasib’ Melayu Singapura yang dikatakan rakyat kelas kedua. Namun, seorang mantan menteri Malaysia kemudian berkata:
Jun 26, 2015 | 05:30 AM
SEORANG mantan menteri Malaysia berkata beliau tidak sabar melihat orang Melayu Malaysia menjadi macam masyarakat Melayu di Singapura.
Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang de facto Malaysia, berkata orang Melayu Singapura telah meraih manfaat daripada ekonomi yang moden dan maju di Singapura dan digalak oleh pemimpin politik mereka untuk membangunkan diri.