Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky: Kami sedia beralah demi capai damai perang Russia-Ukraine

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, menyatakan, pemerintahnya sedia beralah dalam hal-hal sensitif apabila kembali ke meja rundingan bagi mencapai huraian damai "tanpa lengah".



Menurut beliau, negaranya kini sedia untuk membincangkan status Ukraine yang "berkecuali".



Nasib wilayah Donbass yang diduduki Russia dan Crimea, serta perselisihan paling besar - menyentuh aliran Kyiv terhadap Barat - sekali lagi menjadi tumpuan rundingan - yang akan diadakan di Istanbul.



Turkey kini tampil mengemudi usaha gencatan senjata dan mencari huraian damai bagi konflik Russia-Ukraine.



"(Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip) Erdogan maklum akan pentingnya gencatan senjata antara Russia dan Ukraine, pelaksanaan usaha damai dan meningkatkan keadaan kemanusiaan di rantau itu," menurut kenyataan pejabatnya.



Perunding dari Ukraine, Encik David Arakhamia, berkata rundingan secara semuka dengan Russia berlangsung selama tiga hari di Turkey sehingga esok.



Presiden Erdogan dan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, telah membincangkan perkembangan terkini dan proses rundingan damai krisis Russia-Ukraine menerusi perbualan telefon, lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Komunikasi Turkey.



LAPORAN SELANJUTNYA:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >