Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky pecat pendakwa raya dan ketua risik Ukraine

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memecat pendakwa raya dan ketua risik dalam negara kelmarin - langkah yang disifatkan sebagai rombakan besar bagi pemerintahannya sejak Russia melancarkan serangan pada Februari lalu.



Pemecatan pendakwa raya, Cik Iryna Venediktova; dan Encik Ivan Bakanov, ketua Perkhidmatan Risik Ukraine, yang juga rakan sejak kecil kepada presiden Ukraine itu, diumumkan dalam satu perintah yang dikeluarkan.



Dalam ucapannya di televisyen lewat kelmarin, Encik Zelensky berkata tindakan itu diambil setelah mendapati banyak bukti pengkhianatan berlaku dalam siasatan-siasatan ke atas kakitangan agensi penguatkuasa termasuk pejabat pendakwa raya dan agensi keselamatan dalam negara.



Pejabat Encik Zelensky mengarahkan Cik Venediktova, yang memegang peranan penting sebagai penjawat awam Ukraine untuk mendakwa penjenayah perang Russia, dilucutkan daripada jawatannya.



Satu lagi perintah yang sama dikeluarkan bagi Encik Bakanov, dengan memetik 'Pasal 47 Kanun Disiplin Angkatan Bersenjata Ukraine'.



Pasal itu berkaitan "kegagalan dalam melaksanakan tugas", hingga mengakibatkan banyak korban dan lain-lain akibat buruk," menurut agensi berita Ukraine.



Sejumlah 651 kes pembelotan peringkat tinggi oleh pegawai-pegawai penguatkuasa telah didedahkan, kata Encik Zelensky dalam ucapannya.



Lebih 60 orang kakitangan pejabat pendakwa raya dan Perkhidmatan Keselamatan Ukraine masih kekal berada di wilayah yang ditakluki dan bekerja menentang negara, ujar beliau.



"Banyaknya jenayah pengkhiatan terhadap asas keselamatan negara dan hubungan yang dijejaki antara kakitangan pasukan keselamatan Ukraine itu dengan perkhidmatan khas Russia memicu kepada banyak persoalan serius terhadap kepimpinan mereka," kata Encik Zelensky.



Sebelum pencerobohan Russia, Kabinet Encik Zelensky sering berubah, tetapi selepas itu, jarang berlaku perubahan terutama bagi kakitangan atasan - sehinggalah pada Ahad lalu apabila pemecatan dua orang pegawai tinggi penguatkuasa undang-undang dilakukan.



Hubungan Encik Zelensky dengan Encik Bakanov sudah terjalin sejak mereka kecil.



Sebagai rakan sepermainan, kedua-duanya juga bekerja dalam industri hiburan - dengan Encik Zelensky sebagai seorang aktor manakala Encik Bakanov selaku pengarah di studio Kvartal 95.



Encik Bakanov adalah salah seorang veteran industri komidi yang menyertai Encik Zelensky dalam pemerintahannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >