Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky ramal Russia perhebat serangan minggu ini

Pemimpin Eropah dijangka timbang sama ada sokong permohonan Ukraine untuk sertai EU
Jun 21, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, meramalkan Russia akan meningkatkan serangannya minggu ini apabila pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mempertimbangkan sama ada untuk menyokong usaha negaranya menyertai blok itu.



"Jelas sekali, minggu ini kita harus menjangkakan daripada Russia peningkatan aktiviti permusuhannya," kata Encik Zelensky dalam ucapan video setiap malam Ahad.



"Kami sedang bersiap. Kami sudah bersedia," ujarnya.



Encik Zelensky berikrar bahawa tenteranya "tidak akan memberikan kawasan selatan kepada sesiapa" ketika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) memberi amaran bahawa perang di Ukraine boleh berpanjangan "selama bertahun-tahun".



Ketua Pertubuhan Nato berkata, tentera Ukraine berdepan serangan Russia yang lebih sengit selepas eksekutif EU mengesyorkan Kyiv harus diberikan status calon untuk menyertai blok itu.



Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg, dipetik oleh akhbar Jerman, Bild am Sonntag, sebagai berkata, bekalan senjata canggih kepada tentera Ukraine akan meningkatkan peluang membebaskan wilayah timur Donbas daripada kawalan Russia.



"Kita mesti bersedia dengan hakikat bahawa ia boleh mengambil masa bertahun-tahun. Kita tidak boleh berputus asa dalam menyokong Ukraine," katanya.



"Walaupun kosnya tinggi, bukan sahaja untuk sokongan ketenteraan, juga kerana kenaikan harga tenaga dan makanan."



Tentera Russia telah mengarahkan senjata mereka ke timur dan selatan Ukraine dalam beberapa minggu kebelakangan ini sejak gagal dalam usaha mereka untuk menawan ibu kota Kyiv selepas pencerobohan kilat bermula 24 Februari lalu.



Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, yang melawat Kyiv Jumaat lalu, membuat komen yang sama mengenai keperluan untuk bersiap sedia menghadapi peperangan yang panjang dalam rencananya di akhbar Britain, Sunday Times.



Kelmarin, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata alasan sekatan Barat terhadap negaranya kerana menyerang Ukraine sama sekali tidak masuk akal dan tidak bertimbang rasa.



BBC melaporkan Encik Putin menegaskan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Russia sejak awal lagi terbukti tidak berkesan, sebaliknya menimbulkan masalah kepada banyak negara lain di serata negara.



Malah, katanya, sekatan itu sebenarnya lebih memudaratkan negara-negara yang mengenakannya.



Encik Putin berkata demikian ketika berucap pada Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg (SPIEF) di Russia.



Katanya, negara Barat ketika ini sedang berusaha mencari jalan tengah antara menghukum Russia dan melindungi ekonomi masing-masing.



Pada masa yang sama, Encik Putin mendakwa Kesatuan Eropah (EU) dijangka mengalami kerugian lebih AS$400 bilion ($554.23 bilion) disebabkan sekatan ekonomi ke atas Russia.



Menurutnya, kadar inflasi semakin meningkat di 27 negara anggota EU itu dan kepentingan sebenar penduduk Eropah diabaikan.



Sementara itu, Gabenor Bank Pusat Russia, Cik Elvira Nabiullina, memberi amaran ekonomi negara itu terkesan secara serius akibat sekatan tersebut.



Katanya, sebanyak 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terancam akibat tindak balas antarabangsa itu. - Agensi berita.




"Kita mesti bersedia dengan hakikat bahawa ia boleh mengambil masa bertahun-tahun. Kita tidak boleh berputus asa dalam menyokong Ukraine. Walaupun kosnya tinggi, bukan sahaja untuk sokongan ketenteraan, juga kerana kenaikan harga tenaga dan makanan."
- Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >