WASHINGTON: Pengasas Facebook Mark Zuckerberg menyiarkan iklan permohonan maaf di sembilan akhbar utama Britain dan Amerika Syarikat berikutan skandal penyalahgunaan data peribadi pengguna laman sosial itu.
Iklan tersebut dipaparkan di suratkhabar terkemuka Britain seperti Mail on Sunday,The Sunday Times, The Observer dan juga the New York Times, Washington Post serta Wall Street Journal kelmarin.