Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

11 juta 'download' Muslim Pro

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

11 juta 'download' Muslim Pro

May 14, 2014 | 06:36 PM



APLIKASI bimbit Muslim Pro, yang dibangunkan syarikat setempat Bitsmedia Pte Ltd, telah dimuat turun sehingga 11 juta kali di serata dunia, sejak dilancarkan empat tahun lalu.


Ini sekali gus mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk aplikasi bimbit khusus untuk keperluan masyarakat Islam global.


Jumlah yang dimuat turun itu dianggap membanggakan bagi sesebuah aplikasi, kata pemilik Bitsmedia, Encik Erwan Macé.


Di Singapura, aplikasi itu dimuat turun para pengguna Melayu/Islam lebih 156,000 kali.


Manakala dua pasaran utamanya sekarang ialah Perancis dan Malaysia.


Encik Erwan, kelahiran Perancis, menubuhkan Bitsmedia pada 2009, tetapi mengendalikannya sepenuh masa mulai 2012 selepas meninggalkan jawatannya di Google.


Aplikasi itu antara lain mengandungi maklumat tentang waktu solat, arah kiblat dan restoran halal terdekat.


"Selepas setahun, aplikasi itu mendapat perhatian dan dimuat turun 1 juta kali. Ia juga mula menikmati pendapatan sihat. Saya sedar ia memiliki potensi besar dan memutuskan untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam perniagaan ini," ujar Encik Erwan yang sudah lebih 16 tahun berkecimpung dalam bidang pembangunan web dan sofwe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >