Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

120 pekerja Borneo Motors dan Champion Motors akan diberhentikan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

120 pekerja Borneo Motors dan Champion Motors akan diberhentikan

Dec 30, 2016 | 08:10 AM



KIRA-KIRA 120 pekerja ejen kenderaan Toyota, Borneo Motors, dan ejen Suzuki, Champion Motors, akan diberhentikan pada minggu-minggu mendatang.



Ini salah satu langkah pengecutan tenaga kerja terbesar yang melanda industri kereta tempatan.



Syarikat induk dua firma itu, gergasi pngedaran kenderaan Inchcape, sedang menyusun semula operasinya di Singapura, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (30 Dis).



Kumpulan pekerja yang akan diberhentikan itu membentuk 12 hingga 14 peratus daripada jumlah pekerja Inchcape di sini.



Encik Koh Ching Hong, 57 tahun, ketua eksekutif Inchcape bagi Asia Selatan merangkap pengarah urusan Borneo Motors, juga akan meninggalkan jawatannya pada akhir Januari depan.



Pemberhentian pekerja terbaru ini berlaku di tengah-tengah prospek ekonomi yang suram.



Angka Kementerian Tenaga Manusia menunjukkan 12,010 pekerja diberhentikan dari Januari hingga September lalu.



Berita itu juga satu kejutan bagi pemerhati industri tersebut, memandangkan keuntungan Inchcape di Singapura dan jualan rekodnya. Borneo Motors mendahului carta jualan secara konsisten pada tahun-tahun kebelakangan.



Pemerhati menduga langkah itu mungkin sebahagian daripada strategi Inchcape untuk menyelaras operasinya sebagai persediaan bagi keadaan ekonomi tidak menentu yang dijangka.



Penyusunan semula itu difahamkan turut membabitkan memindahkan fungsi kewangan dan teknologi maklumat dari Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >