Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

14,200 rumah privet mungkin dilancar sehingga akhir tahun ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONOMI

14,200 rumah privet mungkin dilancar sehingga akhir tahun ini

May 01, 2018 | 05:30 AM



SEHINGGA 26 pembangunan mungkin dilancarkan bermula suku ini sehingga akhir tahun, meletakkan sehingga 14,200 rumah privet dalam pasaran, menurut sebuah laporan agensi hartanah, Sotheby's International Realty Singapore.



Firma itu menambah bahawa pasaran itu boleh menyerap jumlah tersebut tetapi ia juga bergantung sama ada firma pemaju hartanah akan dapat melancarkan projek mereka pada masa yang strategik.



Sotheby's yang meneliti penjualan tanah pemerintah (GLS) serta penjualan kolektif yang lain, membuat andaian bahawa ia mengambil masa sembilan hingga 12 bulan bagi tapak GLS mendapat kelulusan perancangan sebelum dilancarkan bagi penjualan.



Bagi tapak penjualan secara kolektif, tempoh yang diambil ialah 15 hingga 18 bulan.



Berdasarkan andaian itu, firma itu telah mengenal pasti 29 tapak yang dibeli oleh pemaju hartanah antara pertengahan 2016 dengan Ogos tahun lalu, yang boleh dilancarkan lewat tahun ini.



Projek baru itu boleh menjana anggaran 14,200 unit rumah privet bagi dilancarkan.



Enam daripada tapak itu terletak di kawasan bandar seperti Orchard Road, 13 tapak terletak di pinggir kawasan bandar seperti Tanjong Rhu dan 10 berada di luar kawasan bandar.



Walaupun jumlah itu tinggi, ia pernah berlaku semasa pemulihan pada 2009 hingga 2011 selepas krisis sub-prima pada 2008 apabila pemaju hartanah melancarkan purata 15,400 unit setahun, menurut statistik Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Inventori yang tidak dijual yang sedang dibina mencecah sekitar 35,000 unit.



Apabila permintaan meningkat tahun lalu, ia mengurangkan jumlah inventori yang belum terjual kepada 18,900 unit pada akhir 2017.



Pengarah bersekutu penyelidikan Sotheby's, Cik Han Huan Mei, berkata 'pemaju boleh melancarkan sekitar 15,000 unit bagi baki tahun ini', menurut kenyataan The Straits Times (ST).



Dengan pemulihan disaksikan dalam pasaran, beliau berkata pemaju perlu melancarkan projek mereka berdasarkan tempoh sesuai sejajar dengan strategi perniagaan mereka.



Beliau menambah kebanyakan pemaju telah membangunkan bank tanah yang besar sejak dua tahun lalu.



Dengan harga tanah meningkat, pemaju semakin memilih dalam penjualan kolektif mereka.



Permintaan akan terus disokong oleh kecairan dan kadar faedah rendah.



Walaupun langkah meredakan pasaran hartanah akan mengekang permintaan, permintaan tambahan diperolehi dari mereka yang menjual rumah mereka menerusi penjualan kolektif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >