1,500 pekerja bergaji rendah dapat gaji tambahan sehingga $25 sebulan
Pekerja bergaji rendah menghadapi pelbagai cabaran. Namun begitu, terdapat badan-badan dan skim sedia ada yang boleh membantu mereka. Ikuti kisah dua ibu tunggal yang menjadi anggota NTUC U Care dan berjaya mendapat pekerjaan sendiri menerusi pameran kerjaya yang dihadiri. Laporan oleh IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg)
Jun 16, 2016 | 05:30 AM
SERAMAI 1,500 pekerja bergaji rendah akan menerima tambahan gaji sehingga $25 dalam gaji bulanan mereka tahun ini, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD).
Ini di samping bonus pertengahan tahun sebanyak 0.45 bulan yang akan diberi kepada semua kakitangan awam bulan depan.