KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1MDB, dijangka menandatangani perjanjian bagi menyelesaikan pertikaian berbilion dolar dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC).
Akhbar The Straits Times semalam melaporkan bahawa eksekutif kewangan kanan yang mengetahui tentang perbincangan yang sedang berjalan itu memberitahu akhbar tersebut perjanjian bagi penyelesaiannya akan dimeterai seawal-awalnya semalam.