SEBUAH syarikat usaha sama dijangka dibentuk oleh Pergas Investments Holdings Pte Ltd (PIH) dan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) jika rancangan memperkenal khidmat pajak gadai berlandaskan sariah, ar-rahnu, di Singapura dilaksana.
Perkhidmatan tersebut diramal memerlukan $6 juta dan dua pihak itu dijangka melabur dalam usaha sama itu berserta para pelabur lain.