Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

90 pelajar poly, ITE sertai skim 'bantu' SME

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

90 pelajar poly, ITE sertai skim 'bantu' SME

NORHAIZA HASHIM
Mar 12, 2014 | 04:11 PM



KESUKARAN mendapat pekerja kini mendorong syarikat kecil dan sederhana (SME) mencari bakat di politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).


Di bawah program yang dilancarkan Jun lalu itu, pelajar yang dipilih ditaja yuran pengajian serta diberi bonus dan pekerjaan dalam SME setelah mereka lulus.


Lebih 300 pelajar memohon menyertai program itu tetapi buat permulaan, 90 pelajar dipilih sebagai kumpulan pertama dan dipadankan dengan 45 SME.


Sekitar 100 SME daripada pelbagai industri menyertai program tersebut, antaranya syarikat lampu AVLite, firma kejuruteraan mekanikal Fujicon Engineering dan syarikat makanan dan minuman (F&B) ABR Holdings, Fish & Co Restaurants Pte Ltd dan Polar Puffs & Cakes.


Salah seorang pelajar yang berjaya dipadankan dengan SME ialah Cik Noor Shaheera Abdullah, yang belum lagi tamat pengajian di Politeknik Republic (RP).


Pelajar Diploma Restoran dan Operasi Kulinari itu dipilih menjadi pelatih pengurusan Restoran Swensen's di bawah Program Bakat Syarikat Kecil Dan Sederhana (SME).


"Saya amat gembira. Walaupun belum tamat sekolah, saya sudah dapat kerja. Program Bakat SME ini amat baik kerana ia membolehkan saya memilih SME.


"Saya memang minat bekerja di restoran kerana saya suka bidang masak-memasak," kata Cik Shaheera, 19 tahun, yang akan tamat pengajian tahun ini dan akan mula bekerja di Restoran Swensen's Mei ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >