Agensi baru dirancang ambil tindakan ke atas peruncit menyeleweng

SEBUAH agensi yang mempunyai kuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap peruncit menyeleweng sedang dirancang pembentukannya, menurut Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Teo Ser Luck.

Contohnya, peruncit yang didapati melanggar Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil) (CPFTA), yang lebih dikenali sebagai Undang-Undang Lemon, akan dikehendaki mengeluarkan iklan menyatakan mereka telah melanggar undang-undang tersebut, kata Encik Teo.