Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Agensi kredit eksport Canada buka cawangan pertama di S'pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Agensi kredit eksport Canada buka cawangan pertama di S'pura

Mar 24, 2017 | 10:54 AM



SEBUAH agensi kredit eksport Canada, Export Development Canada (EDC), telah menubuhkan cawangan global pertama di Singapura.



Cawangan baru itu, bertempat di Pusat Kewangan Marina Bay, akan berunding dan mengatur pembiayaan urus niaga perdagangan dari Singapura, dengan tujuan membantu syarikat-syarikat serantau berdagang dengan Canada.



Agensi itu akan juga secara aktif meneroka peluang bekerjasama dengan bank-bank komersial di sini, kata naib presiden serantau bagi Asia William Brown.



EDC menyediakan khidmat insurans dan perkhidmatan kewangan, produk ikatan dan penyelesaian perniagaan kecil kepada pengeksport, pelabur dan pembeli antarabangsa.



Encik Brown berkata Singapura telah dipilih sebagai lokasi cawangan global pertama EDC kerana persekitaran perniagaan yang kondusif, tenaga kerja berpendidikan dan peranannya sebagai hab kewangan, komersial dan pengangkutan di Asia.



EDC telah membantu memudahkan perniagaan antara syarikat-syarikat Asia dan Canada bernilai CAD $90 bilion sepanjang tempoh lima tahun lalu.



Sektor utama merangkumi infrastruktur, termasuk tenaga dan teknologi bersih; perlombongan; minyak dan gas; pengilangan ringan; dan teknologi maklumat dan komunikasi.



Agensi itu menyokong hampir 1,300 syarikat di Asia pada tahun lepas.



Cawangan Singapura dijangka memainkan peranan penting dalam menggandakan tempahan pinjaman EDC menjelang 2021, dengan ia berharap dapat menyediakan lebih AS$4 bilion dalam pembiayaan perdagangan baru setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >