Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Agihan SPH Reit naik hasil pendapatan sewa lebih tinggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Agihan SPH Reit naik hasil pendapatan sewa lebih tinggi

Jul 08, 2016 | 09:40 AM



PENDAPATAN sewa lebih tinggi daripada pusat beli-belah Paragon membantu menaikkan agihan (pulangan daripada Reit) SPH Reit bagi suku ketiga.



Reit itu, yang turut memiliki The Clementi Mall, melaporkan pendapatan boleh agih $35 juta bagi tempoh tiga bulan hingga 31 Mei, bertambah 1.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.



Ini menghasilkan agihan seunit sebanyak 1.36 sen, naik 0.7 peratus, yang akan dibayar pada 16 Ogos, umum pengurus Reit itu pada Khamis (7 Jul).



Pendapatan kasar SPH Reit meningkat 1.9 peratus kepada $52.2 juta, hasil pendapatan sewa lebih tinggi daripada Paragon.



Perbelanjaan operasi hartanah 2.5 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, iaitu $12.2 juta, terutamanya disebabkan perbelanjaan cukai harta, penyenggaraan dan pemasaran lebih tinggi.



Namun, peningkatan itu diimbangi oleh penjimatan perbekalan daripada kadar tarif lebih rendah dan penggunaan tenaga lebih cekap.



Hasilnya, pendapatan bersih hartanah meningkat 1.8 peratus kepada $40 juta.



Walaupun sektor runcit kekal mencabar, pengurus SPH Reit berkata ia mempunyai portfolio dua "hartanah runcit bermutu tinggi dan dalam kedudukan baik di kawasan utama".



"Paragon kekal berdaya tahan dan telah mencatat prestasi stabil sepanjang kitaran ekonomi sebelumnya. The Clementi Mall terus menapak dengan mantap."



Kedua-dua hartanah terus menunjukkan daya tahan, dengan kadar penyelarasan sewaan kepada kadar pasaran positif dan kadar penyewaan penuh 100 peratus, kata pengurus itu.



Unit SPH Reit ditutup kekal 94 sen pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >