Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Ahli ekonomi tambah yakin, pertingkat ramalan pertumbuhan 2017 S'pura kepada 2.3%

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ahli ekonomi tambah yakin, pertingkat ramalan pertumbuhan 2017 S'pura kepada 2.3%

Mar 15, 2017 | 02:14 PM



KEYAKINAN pada prospek ekonomi Singapura terus meningkat, dengan ahli ekonomi meningkatkan ramalan pertumbuhan mereka bagi 2017.



Ekonomi negara kini dijangka tumbuh 2.3 peratus tahun ini, menurut unjuran median dalam tinjauan ekonomi terkini yang dijalankan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Ini lebih tinggi daripada pertumbuhan antara 1.5 peratus yang diramal sebelumnya.



Perkilangan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan. Ia kini diramal berkembang 4.5 peratus tahun ini, berbanding ramalan 1.1 peratus sebelum ini.



Dalam tempoh terdekat, ekonomi dijangka berkembang 2.6 peratus peratus pada suku pertama, manakala perkilangan dijangka berkembang 6.1 peratus.



Laporan tinjauan MAS yang dikeluarkan pada Rabu (15 Mac) itu mencerminkan pandangan 23 ahli ekonomi dan penganalisis.



Ramalan lebih baik ini menyusuli pertumbuhan lebih baik daripada yang dijangka pada suku keempat tahun lalu, apabila ekonomi Singapura berkembang 2.9 peratus - melebihi ramalan median 0.8 peratus.



Pertumbuhan kukuh suku keempat seterusnya menaikkan pertumbuhan penuh 2016 kepada 2 peratus, lebih tinggi daripada ramalan median 1.4 peratus.



Pada Feb, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengeluarkan ramalan rasminya pertumbuhan 1-3 peratus bagi 2017, dengan harapan pertumbuhan global akan meningkat hasil pemulihan kukuh di Amerika Syarikat dan permintaan domestik kukuh dalam Asean.



Ahli ekonomi bersetuju dengan pandangan itu, kerana ramalan median terbaru mereka meletak pertumbuhan eksport domestik bukan minyak pada kadar 6.1 peratus bagi 2017, meningkat daripada hanya 0.3 peratus dalam ramalan mereka sebelum ini.



Mereka juga menjangka pertumbuhan 2 peratus bagi sektor kewangan dan insurans, lebih tinggi daripada 1.8 peratus sebelum ini.



Bagi 2018, pertumbuhan ekonomi penuh diramalkan 2.4 peratus, menurut tinjauan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >